Gabung Niat Puasa

2in1 Gabung Niat PuasaBaru-baru ni, ada sikit kekeliruan yang melanda di pemikiran ini. Puasa sunat “Puasa 6″ boleh ke gabung dengan puasa ganti?… sebelum ni, tak pernah pula kekeliruan ni melanda pemikiran aku. Yang aku tahu… puasa ganti + puasa sunat… boleh je… disebabkan aku terbaca risalah yang diedarkan dalam dewan kuliah baru-baru ni… aku mula terfikir…. hm… aku tak pernah dengar la pula pasal hukum ni…so aku pun tanya la pakcik google..

Hukumnya menggabungkan niat puasa Syawal dengan puasa qadha Ramadhan, dengan kata lain puasa qadha Ramadhan dikerjakan pada bulan Syawal dalam 1 hari yang sama, memakai dua niat iaitu puasa qadha (wajib) dan puasa syawal (sunat) atau dengan istilah two in one

Dalam kitab Al Asybah wan Nazhair oleh Jalaluddin Assayuti, persoalan ini diungkap secara panjang lebar, dan dibahagikan kepada 4 masalah.

Pertama, menggabung niat ibadah wajib dengan ibadah sunat, seperti menggabung niat solat wajib dengan solat sunat Tahiatul Masjid, maka hukumnya sah dan kedua-duanya berpahala. Demikian juga menggabungkan niat mandi janabah dan mandi sunat Jum’at, kedua-duanya berpahala. Selanjutnya, menggabungkan niat puasa qadha dan puasa sunat Arafah, atau puasa wajib lainnya seperti puasa Nazar, puasa Kafarat dengan puasa sunat lainnya, maka hukumnya sah dan boleh seperti yang difatwakan oleh Al Barizi.
Dengan memperhatikan persoalan-persoalan di atas dan membandingkan dengan persoalan yang diangkat dalam tulisan ini iaitu menggabungkan niat puasa qadha dengan puasa sunat Syawal menurut hemat penulis tidak ada perbezaannya, iaitu menggabungkan niat puasa wajib (qadha) dengan puasa sunat, maka hukumnya disamakan dengan persoalan-persoalan di atas iaitu boleh dan sah kedua niat ibadah tersebut Insya Allah.

Kedua, niat yang sah adalah ibadah wajibnya saja, sedangkan ibadah sunat adalah batal. Contoh yang dikemukakan dalam persoalan ini menggabungkan niat qadha solat wajib dengan niat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan, maka hanya solat wajib saja yang sah dan mendapat pahala, sedangkan Tarawih tidak sah sama sekali seperti difatwakan oleh Ibnu Solah.

Ketiga, kedua-duanya batal, iaitu menggabungkan niat ibadah wajib dengan ibadah wajib lainnya, seperti menggabungkan niat mandi wajib dan niat berwudhuk sekaligus, maka kedua-duanya batal.

Keempat, menggabungkan niat ibadah sunat dengan ibadah sunat lainnya, seperti menggabungkan niat mandi Jum’at dengan niat mandi hari raya, maka kedua-duanya sah.

Akhirnya dapat disimpulkan bahawa puasa Syawal hukumnya adalah sunat dan boleh dikerjakan secara terpisah (tidak berturut-turut), tapi sebaiknya dikerjakan segera selepas 1 syawwal dan berturut-turut enam hari. Dan puasa qadha Ramadhan dapat digabungkan niatnya dengan puasaSyawal bila diqiyaskan dengan penggabungan niat puasa Nazar dan puasa Arafah seperti yang difatwakan oleh Al Barizy di dalam kitab Qawaid Al Fiqh.

Wallahua’lam.

Penulis adalah: Pembantu Rektor IV

Universitas Al Washliyah (UNIVA) Medan.

So..aku tak tahula sejauh mana kesahihan artikel yang aku jumpa ni. Kalau ada salah dan silap, minta tegur la segera agar tak de sape yang tersesat jalan.

No related posts.

12 Comments

  1. kakibangku says:

    mmg boleh gabungkan puasa 6 dgn puasa ganti dan jika puasa 6 x sempat di buat dlm bulan syawal sbb ada kemaslahatan lain…boleh di qadha’kan ke bulan zukaedah….tp ada syarat2 nya yg perlu di penuhi dahulu :)

  2. Mr Am says:

    Thanks for sharing.. mmg tahu pasal gabung puasa tu..
    Tapi, xtahu lak pasal solat wajib ngan solat sunat tahiatul masjid

  3. Mllmh lebih cenderung pendapat tidak menggabungkan puasa qadha dan puasa sunat.Ada 1 entri tentang puasa sunat enam dalam blog mlmh.N 1 lagi entri mlmh tentang pengalaman mlmh sendiri.Cuba baca.

  4. eyeman says:

    boleh aje la. takkan tak tau..

    eyeman’s last blog post..Did you take Eye Exam?

  5. kakibangku says:

    pendapat sy utarakan itu berdasarkan huraian yang saya dengar dalam radio IKIM oleh seorang ustazah jemputan .. x ingat nama dia sapa …

    apa2 hal pun… elok rujuk pada alim ulama’ … gi pulau melaka patut dah boleh jumpa TG :)

    kakibangku’s last blog post..Evra banned, no racist element from Chelsea

  6. Umi79 says:

    Salam wrt

    bolehkah sertakan niat untuk puasa yang digabungkan sekali tu.. Puasa ganti dan puasa sunat 6

    TQ

  7. rubi says:

    salam

    betul ke puasa 6 boleh digabungkan dengan puasa ganti
    setengah artikel kata tak boleh di gabungkan

  8. fiffy says:

    Salam..

    Bagaimana pula, jika kita niat puasa ganti di bulan syawal. sahaja. adakah dikira sekali puiasa 6 tu??

    sesiapa yang tahu, sila berikan niat yang perlu bagi puasa yang di gabungkan antara ganti dan puasa sunat..

    sekian

Leave a Reply