Keriangan di Facebook

funfb1 Keriangan di FacebookHari ni facebook mula buka untuk pendaftaran username sendiri. Dengan rasa megahnya, aku telah register awal2.. hoho.. tak tau la ada ke tak pesaing dengan nama ni.

Facebook, walaupun banyak disadvantage yang kita dengar. Tapi cuti kali ni, facebook banyak menemani aku. Hoho… (aku yang kesepian).

Dengan application yang banyak nya, mampu buatkan aku tersenyum lebar.

Dulu aku tak layan sangat, setakat kumpul kawan2 je. Sebab banyak cite buruk pasal facebook ni, so aku tak guna sangat la benda yang tak sepatutnya. Tapi siyesly , facebook is more fun than friendster.. apatah lagi myspace (aku tak paham sape yang boleh gilakan myspace).

Keriangan aku di musim cuti, dengan bercucuk tanam. Hoho.. aku mengaku, sentuhan tangan aku terhadap flora dan fauna mungkin membawa racun je. So, baik aku bercucuk tanam secara maya.

fbhappyfarm Keriangan di Facebook

Keriangan bercucuk tanam, best jugak bercucuk tanam. Kadang2 takde keje nak buat, boleh tolong kawan punya ladang. Buang rumput, buang cacing… and the best part is, you’ll never get tired and dirt your hands with the job. Best kan? haha… nanti kalo ada bakal mertua tanya boleh bercucuk tanam ke tak, jawapan aku mestila “Sudah tentu reti!”… hahaha…

Keriangan hari ni,

fbuno1 Keriangan di Facebook

beruno online, tengok sume player tu. Adik-bradik aku sahaja, dah lama kitorang tak duduk semeja bersua muka bergurauan bersama. Facebook kini mengembalikan saat2 indah. Hoho…. sorang di Sulawesi, sorang di Makkasar, sorang di study room dan sorang dalam bilik. Hohoho… sangat indah bukan? Mencarut dengan sesuka hati… bergelak ketawa bersama.. hahaha…

fbuno2 Keriangan di Facebook

Sape menang, sape kalah… tanpa ada hasad dengki… hoho…

Facebook, banyak faedah dan banyak tak memberi faedah. Asal pandai guna, faedah la jadinya.

Sape nak uno ngan aku, boleh bagi jemputan rasmi.

Recovered from sobering.

Related posts:

  1. Facebook Kemas Penampilan Terserlah
  2. A Must Read News : Are You Sure Those Photos Have Really Been Deleted?

43 Comments

  1. topo says:

    weh add aku… /topotato hohoho

  2. Nikuve says:

    Patutla dia seronok men game. Den pun tertarik tgok ada kawasan pertanian dalam FaceBook.

  3. bermain game rupenye..kao rajin add la saya ek..berblogging ni pun tak kurangnye mengisi masa lapang anda..hu3

  4. beliamuda says:

    ni sume ada Facebook ke? hmm.. aku jugak la yang takde.. hehe.. maintain je ngan FS… zzz~~

  5. acadterror says:

    azah, ada berani celen acad jom hehehehe poyo je :P

  6. keiroro says:

    hua hua..thanx 4 remember.. tau dah pasal ni.. lupa pulak hari ni pendaftarannya…

  7. KhairiL says:

    adeii
    apsl aku x da username sndiri lg
    sedih btul

    nnt aku add ko, nnt kita lawan uno
    hehe

  8. loq says:

    waaa
    ade game baru ek?tak taw plak
    selalu main pet society ngan restaurant city je
    anyway,loq dah add akk.
    :baik2:

  9. zelo55 says:

    bgus bebenor adik bradik semue men facebook…ho3…
    ak dr smalm lagi dah tanam niat pkul 12 tepat bile dah leh wat username ak nk jadi antra orang terawal…
    tapi hampeh….
    pkul 3 ptg baru aku teringat…

    wakakakaka….

  10. ubey says:

    aloss. ape cer cucuk tanam kt fesbuk. hahaa. gi turun umah tanam serai, lada ke

  11. kakak says:

    hello???
    “sorang di Sulawesi, sorang di Makkasar, sorang di study room dan sorang dalam bilik”
    ????????????

    well….i win!!!gagagagagaga

  12. blinkky says:

    Boleh addict dengan Facebook ni =)

  13. adib. says:

    aku lagi laa addict, siap buat tutorial username lg tu..ha..dah orang pakat nk add…aku pon nk letak sama../adibb :alaa:

  14. megat says:

    FB blh lakukan itu semua!? baru aku tahu. huhu. ketinggalan betul!

    lepas dapatlah ber’fun-fun’ kat sana!

  15. zai says:

    aku ade facebook,tp dh berabad xjengok pn..kihkih :hehe:

  16. Hamba Allah says:

    Jika saudari ISLAM. Dan benar-benar ISLAM, janganlah menggunakan Facebook yang dibangunkan oleh orang Yahudi dan menggunakan hasil pendapatan daripda Facebook untuk menjatuhkan Islam.

    Jika saudari tidak percaya, saudari pasti mengalami kesukaran untuk mennutup akaun facebook kerana maklumat saudari telah pun di ambil mereka. Nauzubillah.

  17. hehe…aku bukan kaki social networking… masih tak tahu nak buat apa di sana :-)

Leave a Reply