Moga Kelapangan di Kubur Buatmu, Syurga Bagimu

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pagi ini, saya terjaga dari tidur. Dikejutkan bunyi SMS yang masuk bertalu. Biasanya SMS yang masuk ketika ini, saya abaikan. Namun terasa kelainan mungkin, saya cuba membuka mata membaca mesej. Mesej daripada saudari Mardhiyyah saya buka, bertanyakan keadaan Ammar. Mesej seterusnya pula dari saudara Amir Hafizh, mengkhabarkan pemergian Saudara Mohammad Ammar bin Zulkifli. Tersentak seketika, namun muncul lafaz Innalillahiwainnailaihiraji’un…
Mata ini tak dapat ditutup kembali, walaupun hanya dua jam sahaja melelapkan mata. Tak dapat dibayangkan perasaan yang melanda. Saya bangun mencapai laptop, ingin mencari khabar selanjutnya.

Berita dari perubatan.org, mengatakan lima orang pelajar yang terlibat dalam kemalangan yang sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Kemalangan dikatakan berpunca akibat kenderaan terbabas. Dikatakan ada mangsa yang tercampak keluar. Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez.
Namun sayangnya Allah terhadap saudara Ammar lebih dari sayang kita semua terhadapnya. Saudara Ammar telah disahkan meninggal 10.30 pm waktu Malaysia. Dua mangsa yang lain masih kurang stabil dan dua lagi dalam keadaan stabil. Jenazah saudara Ammar telah diambil oleh pihak kedutaan.

Terasa sebak seketika, memori waktu lalu datang sejenak. Walaupun saya tak dapat mengembalikan memori sepenuhnya tentang saudara Ammar, tapi hati ini tetap terasa sebak. Terasa kehilangan.
Sahabat saya saudara Ammar, merupakan seorang pelajar perubatan di Universiti Kaherah Mesir yang berada di Tahun 3. Suatu ketika dahulu pernah menjadi ketua pelajar ketika berada di tahun 6. Beliau pernah dianugerahkan seorang pelajar contoh. Ya, peribadi beliau perlu kita contohi. Pernah beliau mengungkapkan kata.. “…melihat dunia dari jendela akhirat.”
“Every soul shall have a taste of death: and only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. only He who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): for the life of This world is but goods and chattels of deception.”
(Al-Imran: 185)
Moga kelapangan di kubur buatmu, dan syurga bagimu.Sayangnya Allah pada kamu… sangat-sangat sayang…lebih daripada sayang kami, sahabat-sahabat.
Al-Fatihah buat Allahyarham.
Moga ahli keluarga beliau tabah menerima ujian.
Jenazah mujahid muda, Mohammad Ammar bin Zulkifli akan tiba dari mesir di KLIA pada jam 3 pagi 12 jun dan akan terus dibawa ke bertam, Penang
Pesanan ringkas dari ibu Ammar:
“Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”
Alamat rumah:
No 2, Lorong Bertam Indah 1/2 Tmn. Bertam Indah Seberang Perai Utara, Penang
Related posts:


Alfatihah untuk saudara Ammar…
al fatihah utk arwah.. dan takziah
Al-Fatihah.Moga2 roh arwah dicucuri rahmat..Amin..
takziah kpd keluarga arwah
Al-Fatihah
alfatihah.Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman
insyallah
huhu. speechless. semoga rohnya bersama golongan mukin. jd pengajran kpd org lain. ajal tidak menunggu kita
alfatihah tuk arwah..
takziah untuk keluar arwah..harap sabar..
dunia ini pinjaman..akhirat kelak kekal abadi..
“Kullu nafsin za iqatul maut” – Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati…
Allah lebih sayangkannya… Marilah sama² menyedekahkan Al-Fatihah pada arwah… Moga beliau bersama² org yg beriman…
Innalillahi wa inna ilai hirojiuun…
alfatihah..
Teringat perihal mati buat seketika lepas baca entri ini. Huhu. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.
salam takziah ya
[...] AzahAmin [...]
Allah lebih mengetahui segala yang terbaik utk hambanya.
yang penting kita bangkit teruskan perjuangan kita sbg khalifah Allah. semoga kita dpt menjadi sehebat Ammar juga ..insya-allah
Al-fatihah
Semoga Allah ampunkan dosa²mu Ya Allah dan semoga Allah ampunkan dosa² kita ya Allah…