Musim Exam ~ Cuak : Tipsnya
Sekarang ini tiba musim exam sudah. Ramai yang takut nak menghadapinya. Aku pun sama juga. Lagi 18 hari aku akan menghadapi exam “Selanjar 2″ (apakah selanjar itu?lantaklah…). So kali ini, aku nak berkongsi persediaan menghadapi exam.
Peperiksaan penting memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Jangan takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada kamu bersedia atau tak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik kamu fokuskan kepada persediaannya.
PERSEDIAAN FIZIKAL
Pastikan kamu jaga:
1. Tidur : 6 – 7 jam sehari. Tak cukup boleh buat kamu mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Terlebih tidur pun tak baik juga.
2. Pemakanan : Makanlah makanan yang sumbernya halal, kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).
3. Riadah : Beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Buat senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Jangan terlebih pulak, nanti letih dan mengantuk. Alasan tak leh nak study. Saat-saat akhir ni, lupakan bolasepak, takraw, badminton dan FUTSAL. Tangguhkan semuanya sampai tamat exam nanti.
PERSEDIAAN MENTAL
Jangan berfkir negatif
Antara keadaan yang menyebabkan student stress:
1. Menyerah kalah sebelum berjuang : Mereka rasa takde harapan lagi. Percaya yang diri akan gagal berdasarkan keputusan exam sebelum ini.
2. Belum bersedia : Berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca nanti tak ingat? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha dapat keputusan yang jauh lebih baik?
3. Harapan parents yang terlalu tinggi : Takde ibu bapa yang tak mengharapkan kejayaan anak-anak. Sometimes parents berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.
So, kamu kenalah berfikiran positif
Fokuskan mental kepada apa yang perlu dilakukan dan apa pula hasil yang diharapkan. Jangan duk bimbang keputusan yang bakal diperolehi tetapi kamu perlu bimbang kalau-kalau kamu tak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya kamu memikirkan kegagalan maka kamu hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat kamu sendiri. Juga membuatkan kamu meragu kebolehan diri.
Berpeganglah pada kata-kata seperti:
“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
“Something is better than nothing”
“If you can’t see it, you can’t have it”.
dan macam-macam lagi lah.
Macam mana nak buat latihan minda? :
1. Duduk di kerusi dengan selesa. Tangan letak atas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap muscle, tendon, nerve dan pejamkan mata.
2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang kamu menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang kamu membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
3. Kamu mesti pernah capai kejayaan sebelum ni kan? Sama ada kecil atau besar. So, kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna. Di mana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang kamu dapat lihat? Suara apa yang kamu dengar? Kalau ada tepukan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan kamu ketika itu. Rasakan keseronokan pernah dipuji. Rasakan kebanggaan sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata, dan pejam kembali.
Ulang langkah 2 – 4 beberapa kali.
5. Kini pejamkan mata, gambarkan kamu melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Duduk di kerusi dan atas meja ada kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini kamu membelek-belek kertas soalan dan kamu dapati semua apa yang kamu baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Idea keluar mencurah-curah. Sekarang sekali lagi cubit kedua-dua peha.
6. Buka mata, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7. Buatkan latihan minda ini 10 – 15 minit setiap hari. Kalau buat dengan sungguh-sungguh setiap hari, kamu dapat mengawal perasaan takut ketika berada di dewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan kamu melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan kamu.
PERSEDIAAN EMOSI
Elakkan:
1. Pertengkaran dengan rakan-rakan;
2. Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
3. Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
4. Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
5. Berprasangka buruk terhadap orang lain;
PERSEDIAAN ROHANI
1. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Buat solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2. Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan kamu.
3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.
4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
Okey…sessi motivasi pada hari ini dah selesai. Aku ucapkan, Selamat Maju Jaya (Good Luck) pada semua. Doakan kejayaan kita bersama. Aaamin.
No related posts.


selamat menduduki peperiksaan untuk semua yg mendudukinya dan semoga berjaya. insayAllah..
Azizwan™’s last blog post..Kau Nampak Tak?
salam.. first time singgah blog ni
memang betul, saya pun guna taktik untuk bisness online ni… tapi kena tukar sikit lah… sebab yang di tunjukkan dekat atas untuk EXAM
ikram84’s last blog post..Blog sumber pemasaran pertama anda?
cik azah ikot x tips2 di atas ni ye??
emymimie’s last blog post..andai itu takdirnya 2
cik mimie~ aku cuba!!! hikhik….jom kita bersama!
huhu..bgusnya tips ni….
bagus ek???boleh jadik pakar motivasi x aku nih??hahaha….
wah!! ada tips..
selamat menjalani hari peperiksaan mu dengan tidur yang cukup..
aduh.. aku tak cukup tidur je hari2..
menteil’s last blog post..Personaliti Melalui Pandangan Pertama
menteil nih study gile2 kot xcukup tido nih…xpe2…asal jgn wat gituh time exam…hihihi….
erk??!!menteil maseh bersekolah kah anda??!!hehehehe
errrr…slamat menjawab peperiksaan azah!!smoge berjaya menjawab dengan penuh keyakinan dan kecemerlangan
menteil study blog…hihihi…..
hahaha….xpon stdy nk tules novel kot..kuikuikui
cik afeera’s last blog post..
Good luck..
gud luck to am jgak…
thnx for da tips
gud luck for your exam…wat leklok k..
Mohd Hafifi’s last blog post..Bagaimana Memikat Hati Perempuan?
telan pil je. pil kuda adalah sgt berkesan!
Sweet Thinker’s last blog post..Kalau Lah Saya Penulis Skrip
berkesan utk ape tuh doc???
Azah’s last blog post..Norman Hakim vs. Abby Abadi
wah. tips yg dicari2.. hehe
pttut print ni tmpr kat bilik..
bab tdo tu ssh skit.. hehe
riadah plak mls rs nk briadah..
bk mn game dlm blk je..
izzat aziz’s last blog post..how not to be a millionaire
izzat~ mmg patut print..pastu edar kat org ramai2..hehehe…. mn game lam bilik?game ala digital x kuar peluh la….hahaha….
hehe.. tido mmg terpaksa korban la… have to..
em, maen game kat pc sudah.. basuh baju sebaldi pun senam gak tau..
okeh, enjoy ur exam.. =)
bluesberry’s last blog post..meja cantek !
berkesan utk berjaga dlm tempoh 48jam dan meresap ilmu2! sgt berkesan. smpi cucuk langit pon boley!
Sweet Thinker’s last blog post..Ku Rasa Dunia Berlaku Adil
same laa..xtreme pon dlm musim exam.
muet baru jer abes sabtu aritu..
skang ni exam utk final lak..
huhuhu~
good luck on your exam!!!
=)
xtreme~selamat buat latihan minda ye…heeee….
sila apdet belog
Sweet Thinker’s last blog post..Lelaki Lebih Realistik
:angau:
satu
ALLAH TIDAK AKAN SLALU MEMBERIKAN APA YANG KITA
“INGINKAN”
TAPI ALLAH AKAN MEMBERIKAN SEMUA APA YANG KITA BUTUHKAN
“”