Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)

lovedzk Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)Awalnya, aku tak sure nak publish ke tak entri ni. Yelaa.. takot orang kata aku tiru orang plak. Tapi… ade aku kesah? haha… aku tiru gaya n format je, bukannya aku plagiat. Cikgu BM kat skolah aku dulu pon ajar tiru format dan gaya penulisan yang terbaik. Lama-lama practise baru la kita jadi yang terbaik. (Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Zainon yang telah kembali ke Rahmatullah setelah mederita akibat kanser ovari).

Aku tak sangka, part 1 cerita ini mendapat sambutan yang baik. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi membaca Part 1 sebelum ni. Terima kasih juga atas komen dan kritikan kamoo. So sape yang belum lagi baca kisah sebelumnya, kamoo dialu-alukan singgah di sini. Aku tak harap kamu baca, tapi bagi siapa yang baca, aku harap kamoo sumbangkan sedikit feedback.

Part ke dua cite ni.

Awal-awal dulu, aku tak de la jatuh hati sangat kat mamat ni. Tapi disebabkan kawan baik aku yang aku pernah cite pasal mamat ni selalu duk tanya-tanya maka aku pon slalu la teringatkan dia. Tiap kali pergi tuisyen, aku mengharapkan keajaiban berlaku supaya aku boleh tegur mamat tu. Aku tunggu kalau-kalau ada barang dia jatuh ke, ataupun kertas dia terbang ke tempat aku ke atau pun apa-apa je yang boleh buat dia tegur aku. Harapan tinggal harapan. Penantian itu tidak pasti. Aku masih lagi waras untuk tidak terlalu concentrate pasal mamat tu. Kalau cikgu mengajar, aku cuba betulkan niat dan fokus kat cikgu. Aku perlu buktikan yang aku ni pelajar yang bijak dan mampu berjalan seiring dengan dia. Padahal aku agak je dia tu genius, tak tau pon betul ke tak.

Tiap kali cikgu check kehadiran, aku sentiasa alert…. nak tengok dia angkat tangan lepas cikgu sebut nama dia. Last-last, aku dapat tahu nama dia… tapi aku tak bagitau kawan aku tu sebab aku tak nak dia pikir aku ni serius sangat. So, aku kekalkan dengan memanggil dia DAL2424.

Hari demi hari, minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Tahun itu berlalu……

**************************************

studyj Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)

Tahun baru, azam baru. Niat aku, lupakan saja mamat tu. Tahun ni, aku nak exam. PMR tu bukan boleh buat main-main. Aku kena focus. Aku kena usaha lebih. Atas niat untuk usaha lebih, aku tambah lagi kelas tuisyen aku di tempat lain tapi sasaran pelajar nya masih sama. Budak sekolah tu jugak, aku pon heran… nape la budak skolah lain tak cuba conquer pusat tuisyen ni? Budak sekolah aku sniri pon ade seputung dua je. Huhu… lantaklaa…

Di tuisyen lama, aku kekalkan kelas Geografi. Masih ada kah mamat tu atau sudah beralih arah ke pusat tuisyen lain? Hari pertama di tahun baru ketika aku masuk ke kelas, penuh dengan harapan. Agar masih dapat melihat kelibat mamat tu. Namun… dia tak munculkan diri. Dua perkara bermain di mindaku.

1. Alaaa… minggu first je baru, maybe dia tak nak datang dengar cikgu bagi intro kot.

2. Tak yah la berharap, dia dah tak datang sini dah.

Begitula fikiran ku bermain-main dengan soalan dan jawapan yang aku sendiri reka. Menunggu minggu seterusnya dengan harapan agar dia muncul. Tiba minggu seterusnya, dia masih tak mucul dan juga minggu berikutnya. Berlarutan sehingga bulan Februari. Aku dah pasti, dia dah tak datang sini dah. Alhamdulillah, aku dah tak yah pikir lagi dah. Dah tak perlu nak menggedik dah. Ini peluang aku untuk buat yang terbaik dalam PMR.

Di pusat tuisyen yang baru, aku ambil kelas Matematik dan Sains. Ada la dalam satu bulan tu, aku masuk office sebab nak bayar yuran bulanan. Sedang aku mengeluarkan wang, dan bersedia untuk tanda tangan pengesahan. Tiba-tiba…. jeng… jeng…jeng….

“Panjang dah…stop sini dulu… sape boleh teka, aku belanja eskrem”

icecreamluq Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)

Related posts:

  1. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 1)
  2. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 3)
  3. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 4) – Final

38 Comments

  1. Nikuve says:

    Si bes fren azah pun muncul dgn tiba2..

  2. Adry Sabry says:

    aku tak pandai la teka teka ni… huhu

  3. keiroro says:

    hadeishhh!!! penat2 je bace…

    rupanya part 2…

    kene bace part 1 balik nih… :hehe:

  4. Rjuna says:

    Tiba-tiba dia muncul dan berkata

    “Hai..saya Guru Tuisyen subjek Math & Sains kamu”

    “sebelum ni saya menyamar je jadi student, nak kenal perangai student saya..nama kamu siapa?”

    :wah:

  5. xun says:

    Alamak. Baru je nak imagine ade budak tu dalam ofis tu. sekali dah tamat.

    Takpe, tunggu2. Hehe.

  6. ubey says:

    hahahha. la. baru menengah rendah. betul ma. mase ni penuh curiosity. rasa ingin mencintai dan dicintai menebal. mudah crush. haha. inesen ye. mst comey gile ko mse tu. ape ak pikir ni. dush2

  7. Apisz says:

    Aik? Boleh berpart le pulak..baru syok nak baca..hahaha.

    Ni jangan sama kes macam blog zelo55.com sudah. Hahaha.

  8. topo says:

    boleh jadi ada aiskrim plak kat hujung post.. hahahah

  9. beliamuda says:

    jeng2.. rupanya tak bawa duit.. hehe.. x pe la.. tunggu next part la..

  10. dilot says:

    Tiba-tiba…die dtg menegur ku…”xpe..xpe,,,untuk kamu saye bayarkan”,,,,

    hehe,,,

  11. Saffa says:

    tiba2 DAL2424 datang dan bertanya “…”
    (sila sambung! hahaha)

  12. zelo55 says:

    lepas tu..
    datang seorang jejake tampan kaca bergaya..
    menggunakan nickname zelo55…
    wahh…tuan empunya blog tekejut…
    zelo mngeluarkan duit berjuta-juta bilion pastu diserahkan untuk bayaran yuran…
    zelo berkata “duit ni saya bayarkan yuran untuk semua student kt pusat tuisyen nih..kira mcm wang ehsan”
    tuan blog terkejut dan cair dgn kemurahan hati encik zelo…
    encik zelo juga pada masa tu masih lagi mngunyah chewing gum…
    msih mngkalkan kemachoan die..

    lepas tu….(teka…teka..sape teka betol blanje banana split…lagi best dri eskrim yg tuan blog ni bg…ho3)
    :baik2:

    • Azah says:

      lepas tu datang sorang awek berspekmata belalang lalu di tempat kejadian…
      ecik zelo dengan tak semena2 nya mengambil wang nye kembali..
      seraya berkata kepada awek berspekmata belalang..
      “Hai awak.. jom abang blanja shoppinh…”
      ha354x….

  13. Jard says:

    cett.. ade part 3 lah nih ek???:apa:

  14. huhu..dah berjangkit gan zelo pulak nih..hehe..azah gan zelo ni ada magnet ker?

  15. azuan says:

    aik!!boleh lak bersambung…
    takpe2 tunggu next part pulak..
    huk3..

  16. HuRuL_AiNi says:

    salam…baru dpt buka blog ni..
    aiskrem sedap…hihi
    mlm nanti sambung baca part 3 pulak…hihi

  17. adol says:

    ceh wat gempak je… huhuhu

Leave a Reply