Sejauh Mana Setianya Aku (Part 4) – Final

cintas Sejauh Mana Setianya Aku (Part 4)   FinalDrama bersiri aku dah melarat sampai Part 4. Kalau drama Jepun, selalunya habis sampai episod 11. Kalau drama Korea, habis episod 16. Drama aku ni, sanggup ke korang tunggu sampai 11 atau 16? Aku rasa ramai yang tak sanggup. So, aku usaha sebaik mungkin untuk ringkaskan cerita.

Final dah ni. Yayy!!

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi ikut karutan drama aku ni hingga ke Part 4. Aku amat-amat berterima kasih dan aku nak bagitahu yang aku sayang korang semua. Korang la pembaca dan pendengar yang setia. Seperti setianya aku terhadap dia. Serious ni, aku cakap ikhlas dari hati.

Bagi sesiapa yang baru menjejak kaki ke blog ni. Dan tak paham apa-apa, boleh usha sini dulu:

Cerita ini berakhir di sini…

Hatiku kembali berbunga kerana si dia akhirnya putus dengan makwe baru nya tu. Aku mula kembali menaruh harapan. Aku rasa suatu hari mungkin dia akan aku miliki. (uweeekk… gelinya ayat ni.. jom sama-sama muntah.. haha)

Tapi, bila difikirkan balik, aku sebenarnya segan. Aku tak berani untuk menunjukkan hint-hint kepada dia yang aku ni sebenarnya minat dia. Oleh itu, aku tunggu jika ada peluang… aku tunggu dan tunggu…

Menjejak ke alam tingkatan 4. Aku dengan jayanya menempuh PMR dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Dan aku berbangga dengan diri aku kerana mampu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan si dia dengan memperoleh keputusan yang sama dengannya. Lapan A, lebih daripada cukup untuk apply sekolah berasrama penuh.

Apabila si dia bagitahu aku yang dia mendapat tempat di sebuah sekolah berasrama penuh. Aku sedih. Aku terasa ingin membawa diri. Namun aku masih lagi tak berani bagitahu si dia tentang perasaan aku.

Sejak itu, aku dan dia berhubung melalui email dan friendster.

Dari situ, aku sekali lagi cuba tanam dalam diri aku supaya lupakan dia.

************************************************

Aku sebenarnya tak suka friendster sebab kita boleh tahu siapa yang view kita. Tiap kali aku view profile si dia, mesti dia boleh tahu. Kadang-kadang aku tak kisah kalau dia tahu, tapi kadang-kadang aku segan.

Tak lama lepas tu, aku mendapati bahawa profile friendster si dia penuh dengan komen-komen yang panas. Bukan panas seperti yang korang pikir, tapi cukup panas bagi aku. Kalau 100C dah cukup untuk buat air mendidih, aku rankkan kepanasan hati aku tu 65C. Komen-komen yang berbaur.. “ i lab u bushuk2 “, ” miss u dear ” dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Hampa. Hiba.

dating Sejauh Mana Setianya Aku (Part 4)   Final

Aku pasti yang dia sudah mula kembali berpacaran. Tapi kini dengan perempuan lain. Kali ini juga dengan perempuan yang free hair. (sob sob… )

Bermula saat itu, aku dah tak berhubung dengan dia. Dah tak hantar mesej dan dah tak YM.

Tapi aku hanya perhatikan dia dari jauh. Cukup untuk aku tahu bahawa dia dalam keadaan yang baik.

***************************************************

Okay, part ni kalau korang layan lagu ni sambil baca pon best jugak. Hoho… optional je, tak wajib pon. Jangan bimbang, bukan lagu hindustan.

Masuk ke alam matrikulasi, aku dapat tahu bahawa si dia telah berada di Australia. Mengambil kursus yang diidam-idam oleh setiap ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Dengan menjadikan si dia sebagai inspirasi aku, aku tak pandang lelaki-lelaki lain. Di zaman remaja macam tu, aku pasti ramai yang mula ingin berjinak-jinak dalam kancah percintaan. Tapi bukan aku. Aku tak mahu terjerat. Aku bukan lesbian, aku bukan pengkid, tapi aku tak mahu minat lelaki-lelaki ni. Matrik je baru, bukannya boleh jamin lagi masa depan.

Di matrikulasi, aku menjadi seorang yang amat skema. Tiap-tiap hari aku study dengan berazam bahawa aku mampu mendapat seperti apa yang dia dapat.

Menempuh tiap saat di matrikulasi amat sukar bagi setiap pelajar matrikulasi. Tapi bagi aku, aku punyai semangat. Aku mempunyai keyakinan. Aku rasa aku mampu berjuang dengan adanya dia ‘di sisi’.

Aku berkorban tahun tu. Tak seperti remaja-remaja lain, yang ingat zaman matrikulasi adalah zaman nak enjoy. Zaman nak berjoli. Zaman nak mengorat.

Aku petik kata-kata dari beliamuda:

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Maka berakhirlah perjuangan aku di matrikulasi dengan berjaya mendapat tempat dalam kursus yang sama dengannya walaupun hanya di pusat pengajian tempatan.

Kadang-kadang aku terasa macam nak berhubung kembali dengan dia. Ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Sehinggakan aku boleh berjaya seperti hari ini. Kadang-kadang aku terasa je nak cakap..

“terima kasih sebab awak buat saya minat kat awak. Kalau tak, saya tak tau siapa saya sekarang ni tanpa adanya awak dalam hidup saya.”

Gedik tak ayat tu? huhu… aku memang gedik sebab minat dia. Tapi aku maintain senyap je. Tengok dia dari jauh.

Lupa pula aku nak bagitahu, yang dia dah putus dengan awek dia yang baru ni. Tapi… dia dah mula couple dengan sorang awek sama tempat pengajian dia sekarang ni. Awek yang anggun, manis bertudung.

Bagi aku, awek-awek dia sebelum ni, aku tak suka. Aku tak ‘redha’ dia bersama mereka. Tapi kali ni, aku ‘redha’ dia bersama yang ni. Sebab aku inginkan yang terbaik untuk si dia.

Terima kasih buat awek dia, sebab mempunyai blog yang selalu menceritakan kisah-kisah bersama si dia. Dan aku boleh tahu berita pasal si dia tanpa perlu aku bertanyakan khabar. Aku boleh tahu rupa dia yang terkini dan yang penting, aku tahu bahawa si dia serius bersama dengan awek terbarunya ini. Siap dah baik dengan family masing-masing. Aku tak kisah kalau korang dua akhirnya kahwin suatu hari nanti. Dan aku doakan kebahagiaan korang bersama.

waitingw Sejauh Mana Setianya Aku (Part 4)   Final

Aku.. hingga hari ini, selama lima tahun memendam rasa. Dan hingga kini masih memendam rasa. Walaupun apa yang terjadi, aku bersyukur berpeluang mengenali dia. Kerana dia, aku adalah seseorang di dunia ini. (okay..one of the reason la that makes me who I am today.)

Maafla, drama ini bukan happy ending. Maka dengan itu, berakhirlah kisah drama bersiri ini.

So… pada pendapat korang la… sejauh mana setianya aku?

Related posts:

  1. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 3)
  2. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)
  3. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 1)

72 Comments

  1. baloot says:

    hmmm, MEMANG SETIA.. tapi-kan it’s ok. pengalaman mengajar kita erti hidup (ayat ni akan aku gunakan dlm post terbaru aku nanti KOT). hee..

    klau takde pengalaman camni, lagi susah. sekurang-kuranya u tahu perbezaan setiap sesuatu perkara.

    p/s: aku ingtkan lagu hindustan kuch kuch tuu.. hee.. :cak2:

  2. beliamuda says:

    baru hari ni baca part terakhir sebab baru je masuk G Reader.. hmm.. sume dah komen, tapi memang nampak macam cerita btol.. hehe

  3. mizuhashi_takeshi82 says:

    emm smart gak cerita nii…

    tp x salah kalu betoi pn..

    bkn senang mengharapkan sesuatu yg x pasti…

    itulah kehidupan…

  4. chocolateice says:

    salam…
    cht ke azah?hehe
    nice story..santai…tp sedey cket..
    sy pon mcm 2…tp sy suke dia dr sekolah rendah-1999 ( even cm xlogik bdk2 dh cintun ngn org, tp 2 la knyataan ) sampai la skg…dekat 10tahun…
    lps abis skul ren, msg2 terpisah… then..2008 kami dipertemukan…hehehe..ambik no hp dia..tp dia x ambik no hp sy..:alaa:, xpe.
    sy x contct pon dia even da ada no dia, ntah..x tergerak nak buat ap2 pon wak2 2… sampai la 23/5/2009, sy beranikan diri sms die…wish hapy birthday kat die…
    end of story…31/5/2009 sy n die ‘berkawan’

Leave a Reply