SPM 20A Hebat Ke?

Madihah vs. Fatimah

Tergerak hati ku nak menulis hari ni. Dah lama aku tinggalkan belog kesayangan (tak sayang sangat lah). Agak lama aku tidak bermood untuk berbelog dan aku harap mood untuk tidak berbelog itu akan berpanjangan buat 41 hari yang bakal mendatang.
Hari ini aku mengambil kesempatan, di waktu rehat untuk menulis sesuatu. Isu semasa sekarang, SPM 20A. Hebat, memang hebat. Aku separuh pun tak dapat. Hoho… menyingkap sekejap kenangan di ‘zaman muda’ ku dulu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu sekali lagi berjaya menghasilkan permata yang amat bernilai buat semua. Aku bangga menjadi warga Maahad (ek eleh…padahal dulu tak bangga langsung).. Haha..bukannya apa, zaman muda aku dulu macam-macam isu yang kurang best ditaburkan ke atas sekolah YIK, bukannya aku benci cuma kurang bangga. Tiba je mase aku nak keluar, baru je keluar berita gempak dan kini lebih gempak.

Siti Fatimah Mukhtar 17A1 dan 1A2 (SPM 2006), bangga aku jadi kawan die. Teringat sehari sebelum dapat result, kami semua dah dapat rumours yang Fatimah akan dapat 18A. Esoknya, tak sangka pulak betul. Masa amek result, mak aku mintak aku introducekan Fatimah dengan dia. Mujurlah aku kawan die, kalo tak segan jugak nak tolong introduce kan. Fatimah, mungkin semua orang kenal sebab berjaya dapat 17A1, 1A2 dalam Bahasa Arab Tinggi (aku tak salahkan dia dapat A2, sebab BAT time tuh memang payah gile. Aku sendiri pun dapat B4..lagi terok…hoho).

Tapi Siti Fatimah tetap tidak dianggap yang terbaik oleh pihak media (pada masa tu). ‘Anugerah terbaik’ pada waktu tu telah diletakkan pada sape dah name yang lagi sorang tu? Aku tak ingat…Maka muncullah isu ‘budak-budak dah takleh tambah paper lagi la’, isu ‘tak boleh main iktiraf sape paling top dah lepas ni’ dan macam-macam lagi. Ini semua gara-gara Fatimah dari sekolah YIK.

Siti Fatimah itu cerita lama, sekarang dah ada yang baru. Adik Nik Madihah.Masa aku form 5, dia form 3. Malang plak tak dapat kenal dia sebelum ni. Sebab aku kenal budak form 4 je time tuh. Bangunan budak form 3 duk seberang padang. Rehat plak tak sekali. Huhu…. tak dapat plak nak bangga lebih-lebih.

Berita pasal serba kekurangan yang dialaminya memang menyedihkan, tapi mungkin tu Allah nak tunjuk betapa Dia Maha Pemurah. Aku kagum dengan Madihah sebab dapat fokus dengan hanya melalui pengajaran cikgu-cikgu di Maahad. Aku bukannya nak kutuk, tapi waktu aku dulu Kimia, Fizik, Add Math..memang aku tak leh nak faham cara cikgu mengajar. Sebab tu aku kena amek tuisyen luar. Dan setahu aku, cikgu-cikgu nya masih sama dan mungkin memang sama je cikgu yang mengajar dia dan yang mengajar aku. Sebab cikgu kimia ada dua je kat sekolah tu, fizik pun 2 dan add math pun dua. Hm..maybe sekarang dah bertambah, tapi payah nak ada yang kekal. Biasalah sekolah YIK, tak dapat sangat bantuan-bantuan yang sepatutnya.

20A dah dapat, kemudian hala tujunya?… Masa depan Nik Madihah sudah nampak cahayanya. Macam mana pulak dengan yang lain? Yang dapat tak sampai separuh dari dia ada ke masa depan yang cerah? Wah3x…. jangan bimbang adik-adik sekalian, kalo masih belum cerah, cuba la cerahkan lagi di tempat pengajian akan datang. Bercakap melalui pengalaman, Matrikulasi adalah satu tempat di mana kamu boleh mengubah dunia kamu. wah3x…

Hm…kebanyakan pihak media dan insan-insan lain agak menegembar-gemburkan betapa kurangnya pendapatan keluarga Madihah ni. Aku kat sini tak nak cakap sangat pasal status pendapatannya, sebab semuanya sama je. Mungkin bila orang kaya dapat cemerlang, orang pun senang cakap..”alaa..duit banyak, tusyen berlambak ar tuh”. Tapi bila orang miskin cemerlang, orang pun cakap “alaa…sebab dia sedar diri dan berusaha suungguh-sungguh untuk cemerlang.” Okey, dua kategori ini memang betul mampu mendapat cemerlang. Bagaimana pula golongan pertengahan? Takkan disebabkan status pertengahan tak mahu cemerlang?

Okey la, malas plak habiskan masa lama-lama berbelog. Setakat ini dahulu ya. Jangan rindu-rindu plak.

p/s: MMP dua sudah, MML bila pulak? Gentleman sangat ke asyik nak bagi Ladies first je??? hohoho…. (gelak kejam) :ngila:

Related posts:

  1. Sejauh Mana Setianya Aku (Part 2)

22 Comments

  1. MML tue seramik kat pengkalan cepa eh? :korekidum:

    Sweet Thinker’s last blog post..Membelai Kelemahan Perempuan

  2. kyam says:

    MML? cam biasa le azah, hero tok gaduh.. hihi

  3. ye ke. ahhah! :tokdengarpom:

    Sweet Thinker’s last blog post..Membelai Kelemahan Perempuan

  4. matt says:

    nasib la matt x msuk MML dulu…. :macho:

    matt’s last blog post..sekali, dan terakhir

  5. gila tabek aku dgn result Nik Madihah ni dan juga kawan kamu Siti Fatimah itu. harap2 Nik Madihah dpt biasiswa aka tajaan penuh utk smbung study.

    p/s: adakah nur amalina yg anda mksdukan?

    azizwan(dot)com’s last blog post..5 Tempat Paling Tercemar Di Dunia

    • Azah says:

      Madihah tuh dah berlambak tawaran dpt..smpai x tau nak pilih yg mane dah tu…dah la siap dpt tajaan umrah bersama family..

      betul2 murah rezeki die..

      p/s: nur amalina tuh spm 2005, yg aku maksudkan yg dpt satu lg tuh…yg before kluar slip exam lg da siap pnggil wartawan pi umah die tuh,,,x ingat ar name sape…

      :merokok:

  6. dzulagil says:

    biler ar aku nk jadi rajin nie…
    huhu..
    :macho:

    dzulagil’s last blog post..PETISYEN : Gambar Nabi Muhammad di Wikipedia

  7. zahra says:

    nme dia kalau sy tak silap

    Nadiah Amirah Jamil kn? :gapo:

    zahra’s last blog post..Susun. kuiz. psikologi.

  8. zariel says:

    buatkn aku terasa nk repeat je spm :ngila: tp belum tentu lebih baik dari yg dh lepas sbb otak dah berkarat :adeh:

    zariel’s last blog post..Aku Gagal Hidup Sendiri

  9. zool says:

    Kira hebatlah tu 20 A
    cuma harapkan masa depan beliau berada dalam jalan yang lurus..
    bukan apa.. ada yang pandai tapi zaman dewasa hancur.. wallahualam

  10. hadio69 says:

    print bju shlai kt roundneck bleh
    roundneck.com

    p/s: sori, xde shoutout nk tggal msg, off topic hehe

    hadio69’s last blog post..“When I…” Tagged by Amr

  11. loq says:

    oh same skolah ngan madihah rupenyer

    next year sy plak SPM

    loq’s last blog post..Laman Web Kementerian di Malaysia

Leave a Reply