Truth or Dare
Macam lama dah aku tak mengupdate blog aku ni. Rindu rasanya nak menulis. Haha… bajet hebat menulis la nih. Exam sudah lepas, yang lepas usah dikenang lagi. Yang berlalu takkan kembali. Hanya menunggu keputusan je. Harap sejarah lama tidak berulang lagi.
Huee….Berbalik kepada tajuk. Kali ini, tak lain tak bukan entry yang berupa ala-ala menge’tag’. Haha..padan muka sape yang bakal terkena. Idea ni aku dapat masa aku berlegar-legar di blog-blog yang ntah pape tah. Tapi benda nih bukan tag dan aku memang gila-gila curious untuk melakukannya.
‘Truth or dare’ ini aku tujukan khas buat kaum Adam yang dikurniakan segala kesempurnaan dari segi zahir dan batin. Bagi yang perempuan, aku tak minta kamu menerima cabaran ini. Malah aku memang tak mahu mencabar kamu. Tujuan aku adalah untuk mencabar perwira-perwira di luar sana yang kononnya teramat hebatlah mereka dari segala sudut.
Kamu hanya perlu pilih Dare atau pon Truth.
Cabarannya (dare) ialah…jeng..jeng… berdiri dengan kepala kamu sambil kaki mu di lipat bersila ke atas. Ala-ala Yoga gituh… haha…ada berani??? ceh…tak delah…aku tak perlukan kamu berbuat cabaran bodoh itu. Senang je cabaran aku padamu wahai teruna-teruna yang maha hebat belaka. Anda hanya perlu membaca Surah Al-Mulk dari awal hingga akhir. Baca dengan penuh tartil dan kalau boleh bertarannum. Sambil-sambil tu kamu recordkan bacaan kamu itu dan uploadkan di blog masing-masing. Nak buat video siap pon tak pe. Lagi bagus.
Bagaimana teruna-teruna sekalian? Ada berani??? Kalau tak sanggup terima dare itu, so kamu kenala membuat pilihan yang tak lain tak bukan iaitu ‘Truth’. Yang ni pon simple jugak, kamu hanya perlu menjawab 10 soalan dari aku dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hati. Soalan-soalan tu akan aku kemukan kemudian nanti. Tapi…kalau kamu tak pilih yang dare tu, aku tak tau nak kata ape la.
Bagi mereka-mereka yang terkena Truth or Dare ini, kamu diminta meninggalkan jawapan sama ada kamu nak pilih Truth or Dare. Dan bagi sesiapa yang sudah menerima cabaran itu, sila tinggalkan link ‘recording’ kamu itu di sini.
Aku akan pilih mereka-mereka yang paling best bacaannya dan yang paling mencuit hati aku. Hadiahnya, nanti aku consider.
p/s: wondering, adakah jejaka-jejaka baik di luar sana masih wujud?
p/ss: Aku mendambakan bacaan Imam Said Al-Ghamdi.
p/sss: Kenapa al-Mulk??tah..aku suka…
p/ssss: Yang tak sudi menerima cabaran (kamu bukan lelaki yang boleh dibuat laki), kamu tak yah lah layan….
Related posts:


Er cam nak cari jejaka pilihan hati je entri ni… Huhuhuh
Bukan tak nak buat ‘Dare’ tu tapi bacaan masih banyak diperbaiki..
Masih banyak perlu belajar terutama tentang tajwid.. Minta maaf la ek..
zool’s last blog post..Saman MBMB dan kasut futsall
kes3x..bukan mencari pilihan hati..cume terfikir2, brp ramai yg akan sanggup buat dare tu…
pergh!!!!
menteil’s last blog post..Reaksi Kutukan
sama macam en zool…
dah lama tak membaca (adui.. pengakuan yang sangat teruk!)
okey…kalau rasa macam ‘tak boleh’ nak baca dengan seeloknya, tak pela..kat sini bukannye nak kutuk mereka2 yang sebegitu…cuma pencarian mereka2 yang betul2 boleh…
agak2 berapa kerat la jejaka2 ni masih wujud ek?
wakaka… menteil pn kena?
zariel’s last blog post..Zariel Workstation
Aku bersedia menyahut cabaran dare tuh.. emm tapi nak record tu yang masalah sikit.. aku menggemari syeikh ahmad baset dan Masyari al-Afaasi.. apapun bacaan aku tidaklaa sehebat mereka.. apalagi untuk menyamai Imam Said Ghamidi atau Abdul Rahman al-Sudais..
nuaeman’s last blog post..Ustaz Arief Cakra Alam atau Putar alam?
Alhamdulillah..dah ada org pertama yg sanggup buat…buat ke tak, lain kira..tapi kenyataan yg kamu sudi buat dah mmg bagus,…wah3x..
tak perlu la baca macam Imam2 kat atas tu… kalo nak baca cam dorang, sah kalah Abdullah Fahmi tu…
~ tak sabar tunggu recoding kamu..
heee….
i take the dare. but the one that i have to do head stand. i’m not gonna record things. you might sell it later. hahaha. but, i might do the tag too, so, what are the questions? huhu.. jahat ini budak.
abdusfauzi’s last blog post..Tag : From Athirah Hassin
me? selling ur recording? haha… fine enough… wait the questions from me later…
Hehe sy malu la..hehe, nnti sy consider..esok nk pakai purdah la..hehe
knape nak pkai purdah plak??? haih…malu ek?? ape plak nak malu?
em..i think i take ‘dare’
but it might be a little late la…
ade dateline?
serius ckp, matt xpndai sgt…
em…nk buat ‘truth’ jgk bleh?
p/s: bacaan dr hati tu rsnya lg penting, kita bc n kita fhm…lbih baik dr hnya bunyi je sedap….
matt’s last blog post..bila hati saya terasa sakit
dateline…selagi kamu masih hidup…ala..baca bkn utk di cabar pon xpe gak…nak wat truth pon blh…tp soalan2 maybe berlainan…haha…
hoho..saye nih saudari..kire x perlu la ek??
azah..ape ganjaran tuh??aku tau,duit hantaran free kan??
haha..
emymimie’s last blog post..saat ana menerjah blog mereka
Kena buat bacaan ke? hehe kalo pilih truth soalan agak2 soalan apa nk tnya? asal jgan sensitif sudah
salam,
kalau baca tu insya-Allah boleh cuba tapi bab yang nak merekod tu payah sikit…
maaf bbyk…
semoga berjaya utk exam…
dzul’s last blog post..Waspadalah….
lochoe tengah terfikir apa itu surah al-mulk.. , yang start dengan apa ek..?? dulu lochoe sekolah agama, banyak jugak hafal surah, cuma kalau bagi yang depan2 tu.. mesti boleh ingat
lochoe’s last blog post..Entiti Aura didalam blog anda
komen gua dihilangkan? cisdel. ade lembaga penapisan rupanye kat cni!
Sweet Thinker’s last blog post..Kalau Lelaki Buaya Darat, Perempuan?
x sengaja la..terdelete…nih ade komen2 yg x tau dr sape duk masuk…sampai 500 lebih…syok pnya delete smalam, terdelete jgak yg komen kesayangan ST tuh…haih~ blh restore balik ke x ek??
Azah’s last blog post..Truth or Dare
menariknya dare ini…hehe…semoga byk membawa manfaat pd org ramai…n jugak pd tuan empunya blog ni..mane tau..kot2 ade yg ter’lekat’ heh…=p
najlaa’s last blog post..Keep Your Voice Low, You Are in Public!
haha…x kan terlekat kot melalui cara nih…lagipon x de sape yg brani buat..
Xnak ‘dare’ ataupon ‘truth’..
tp the truth is Al-Mulk eloklah bace sebelum tido.
Surah Al-Kahfi pon bagus gak, pedinding dari Dajjal Al-Masih… :thumbsup:
ibnmasir’s last blog post..Apa yang kita korbankan?