Zon Bebas Mencarut

Saya mula berblog dengan “agak serius” (serius sikit kalau nak dibandingkan sebelum ni la) sejak oktober 2008. Saya diperkenalkan dan digoda untuk mencuba platform wordpress. Sudah dua hosting yang saya sempat merasa. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Am kerana memperkenalkan dunia wordpress kepada saya. Sungguh indah dunia wordpress berbanding dunia blogspot. Saya mula mengenali lebih ramai blogger dan mula menjalinkan ukhuwah dengan mereka.

Aduuh… ayat macam karangan je. Main point nya kat sini. Ingat kan panas hingga ke malam, rupanya hujan jugak petang tu yek.

Awal-awal penggunaan myonlinehoster, okay la… I’m a newbie, tak perlu nak expect lebih-lebih la kan? Makin lama, Am makin jarang online. Kalau ada masalah dengan hosting, saya terpaksa tunggu sehingga dia munculkan diri. Kadang-kadang terpaksa guna Yahoo Messenger invisible detector untuk hubungi dia.

Sampai satu tahap, blog down dalam 2,3 hari tanpa sebarang pemberitahuan kerja-kerja penyelenggaraan. Panas sape tak panas kan? Kalau nak upgrade, kasitahu awal-awal. Tapi masalahnya bukan sebab nak upgrade. Saya cuba mendapatkan alasan daripada provider dan takde sebarang jawapan. Seorang lagi blogger di bawah kelolaan myonlinehoster jugak menghubungi saya. Dek kerana bengang terhadap si provider, sume perkataan mencarut di keluarkannya. Telefon tak diangkat, mesej tak dibalas.

Saya cuba mesej Am. Saya mesej dengan baik, dia balas dengan baik. Tapi masih tak memberi balasan yang diinginkan. Si blogger berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk pindah hosting. Maka pindahla beliau. Saya pada masa tu masih mencari-cari hosting yang elok. Akhirnya, dengan penuh bermurah hati Baitulbytes menawarkan diri untuk sponsor azahamin.com. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Baitulbytes, satu-satunya islamic hosting saya pernah dengar. Customer service bagus, ada apa-apa masalah, contact diorang terus selesai. Satu je masalah, loading blog agak slow. Takpela kan, hosting masih baru. Banyak lagi yang perlu dibaiki.

Oktober 2009, domain expired. Saya nak exam. Malas berblogging, malas amek tahu pasal blog. Seminggu sebelum exam. Am hubungi saya, “domain dah expired. Tak nak renew ke?” Nak kena renew ke? Malasnya, sampai ada insan yang mengugut nak beli domain saya dan jual dengan mahal. Orang macam tu pon ada ek? Saya tanya Am. MOH apa khabar? Masih tak stabil ke? Dengan yakinnya Am jawab, “dah okay dah. Dulu problem sikit, sekarang dah stabil.” Saya tanya lagi, pastu Am dah takkan hilang dah lepas ni? “Am pernah hilang ke? Takdela, Am sentiasa di sini.” Saya dengan malas-malasnya membuat keputusan. Takpela, stay dengan moh la. Malas nak cari yang lain. Maka berpindahla kembali saya kepada MOH.

Sekembalinya. Awal masalah dengan domain mapping. Takpe lagi. Sekarang masalah, database selalu error. Blog selalu redirect ke url lain. Am kembali menghilangkan diri. Mesej berkali-kali, hanya satu atau dua patah dijawabnya. Seminggu berlalu, masalah masih berlarutan.

Setakat saya menggunakan MOH, saya cuba untuk tidak mencarut. Kadang-kadang rasa nak mencarut tu membuak-buak dalam hati. Tapi saya control sebab takut saham saya jatuh.

Saya mintak tolong kamu sume, sila la mencarut kalau kamu terasa nak mencarut. Saya izinkan di ruangan post ini sahaja.

Terima kasih banyak-banyak Am.

p/s: tak lupa, terima kasih juga Baitulbytes

No related posts.

35 Comments

  1. yash says:

    mencarut ekk? jap.. *dengan sopan

    %$$@#$@#%^&Y%&T$$@^$$%&*^$%Q#^*&^&%(*)&%$@#$!@*(*(@#$!$@^$*^%*%&#W%^#@$%

    oke puas dah mencarut.. kui3 *ampon2*

  2. Kujie says:

    alamak…. semulajadi tak biasa mencarut
    tapi mmg hati geram bila pihak hosting lepas tangan mlm tu sbb dia bayar.

    pengalaman kak jie – 6 bulan beli domain/hosting – dah ada masalah- kerap sgt down , tak tahan sabar, rugi pun tak pe – tak sampai setahun, hosting belum xpired pun kak jie dah pindah hosting lain

    setia sampai skrg

  3. chokilala says:

    eh, kau tujukan pada aku ke tu? aku ke yang mencarut tu? aku pun xingat da. tapi aku rasa aku xmencarut la dengan am tu, aku sound direct je sekali dua. haha. tapi still serius dlm kelembutan la kot

    hurm. bagi aku la, ko ni jenis xkisah sangat kot. xkisah pasal pengalaman lalu. aku cukup la sekali terkena, dah serik dah. hope ko belajar la pasni. huhu

    kalau aku ko, aku dah lama blah dah. sekali xpe, ni 2 kali dgn org yg sama. huhuhu. sorry am kalau baca ni, tapi kalau nak meniaga buat la cara nak meniaga. jangan main sembunyi2

    • Azah says:

      eh eh.. ko terasa?
      haha… dari tadi aku menunggu kemuculan ko..
      ko mencarut ngan aku lam ym hari tu..
      haha.. aku x balas carutan ko, tapi kat mulut dah abih kuar la..
      x taip je pon…

      tahlaa.. aku bukan full-time blogger kot. tu yg aku x kesah.. klau blog down, bagus jgak.. at least aku blh study.. haha…

      die time awal2 sntiasa online, bila bermasalah terus menyorok..

      aku pon x paham die..

  4. beliamuda says:

    oh. patut la tadi redirect ke url lain. adeh, pelik sungguh url leh redirect cmtu jek.

  5. megat says:

    benar! siapa yang tak sakit hati bila kejadian seperti di atas terjadi.

    setahun lalu saya juga alami pengalaman yang lebih kurang sama. apatah lagi orang yang menolong tu dah popular, haram nak layan permintaan kita.

    sekarang ni puas hati dengan serverfreak! mantop ;)

  6. matt says:

    byk sgt mslh ni, tukar je hosting lain……

  7. apiih says:

    saya pon mau mencarut…hahaha…..hosting..biase le..ader mase jem..huhu

  8. Akuro San says:

    masalah hosting? hurmm~ memang membimbangkan. sabar jer lah yerk~

  9. syin says:

    setakat ni, kedua pihak hosting aku ok lagi…….mesra alam lagi..hahaha…sedih gak mula2 aku nk pindah hosting ke sepaku…haha..

    apa2 pun, tahniah kepada 2 syarikat hosting tu…

  10. Nazz says:

    Aduss.. ni yang susah ni.. mencarut ni klau di suruh dia tak menjadi, tapi klau tengah angin bukan stakat mencarut.. cencurut pun tak sanggup dengar..

    *p/s Thanks for the visit and comment

  11. mohdisa says:

    wah marah sungguh cik adik kita ni. hehe, so skg ni pakai baitul ke? baguslah, jgn mudah terpedaya dgn kata2 manis org. perlu ambil pendapat org lain dahulu sebelum berbuat sesuatu keputusan. hehe, tak reti nak mencarut la plak. :P

  12. Lizz says:

    hehehe. aku setia dengan SF. kebetulan entry aku arini memuji SF. neway, ko dah bg mencarut kan? nak test lah.

    &R#%$#@*$#@*%#*%TE#%$#%$^$$

    hahahaha. cool babe.

  13. lazaac says:

    @Lizz : SF? SiteFrost ker..?

    @Azah : lazaac plak ada masalah yg sama, tapi kat Rawanaz, jgn ada yg tertipu lagi sudah… mereka suma cuma reseller, bukan syarikat besar… tapi cita-cita terlalu tinggi, tawar harga murah nak m*mp*s, pastu baru beli sehari, pastu hilang entah kemana… rawanaz dayus! leh tgk post lazaac di : http://lazaac.com/blog/rawanaz-kecil-mentaliti-taik/

    maaf, t*ik kat atas tu mmg redirect yg lazaac wat khas utk rawanaz… hehe

  14. blowie says:

    blog ini ditaja oleh baitulbytes?

  15. x-po says:

    cmne ek nk dptkan org sponsor hosting? heran btl..xda org plak nk sponsor hosting utk aku..huhu

  16. blinkkky says:

    Bleh mencarut ke? …Ish tak biasa la =)

  17. assalamualaikum. salam perkenalan
    hehe.. saya tamau mencarutlah. anyway, anggap je ini semua adalah proses belajar.
    teruskan menulis, caiyok!

  18. topo says:

    zon bebas mencarut tu maknanya tempat ini boleh mencarut dengan bebas ke?
    atau tempat ini bebas daripada sebarang carutan? hohoho

  19. Anarm says:

    ye ke bleh mencarut kt sini? takut plak.. tengok kiri kanan.. babi.. ok, dah.. :p

  20. Pisyek says:

    isk3… gile panas kalo mcm nih…

    pisyek pernah tolong member yg ade kes cmni dlu…

    last2, dgn pisyek2 skali jadi panas…

    haha…

    kesimpulan: pilihlah hosting dgn bijak… hoho…

  21. Maya says:

    MOH memang byk problem. Skali dah kena, aku terus cabut, transfer semua benda. Pujuk2 pun aku tak makan pujuk meka lagi. Sejak guna DataKL, takda dah masalah. Submit ticket cepat je respond. And one more things, DataKL sediakan semua perkhidmatan untuk memudahkan proses pindah tanpa ada hidden charge. FYI, meka pindahkan semua data dan segala isi rumah lama ke rumah meka. DataKL the best for me.

Leave a Reply