Posted
on January 18, 2010, 7:57 pm,
by Azah,
under
tentang kamu.
Fuuh, penat baru je balik dari training futsal. (saya main futsal okay, dan saya adalah feminine!).
Tengah rehat-rehat dalam bilik, duk fikir-fikir nak makan apa ek malam ni? Teringat je nak makan, teringat pulak pasal duit. Teringat pasal duit, teringat pulak pasal hutang.
Alang-alang teringatkan hutang, saya tanya la kawan saya ni. “Aku ada hutang ngan ko tak ek?”
Hutang,
Korang amal ke berhutang? Saya memang tak suka berhutang. Tapi apa yang saya nak timbulkan kali ni, macam mana korang nak kutip hutang dari orang yang berhutang ngan korang?
Read the rest of this entry »
Posted
on January 11, 2010, 7:34 pm,
by Azah,
under
Dunia Blog.
Sejak kebelakangan ni, ramai yang duk bercakap-cakap pasal Blogger, We Care. Saya sempat juga membaca kisah encik Megat sebelum ni yang memang menyentuh hati para blogger lain. Maaf saya tak sempat nak join berbicara tentang topik ni. Nak berikan sumbangan pun kurang mampu. Mungkin dengan cara ni, saya dapat menghulurkan sedikit bantuan.

Maaf, saya tak sempat nak update kisah-kisah baru. Blog ini mungkin tidak berupdate dalam masa 21 hari. Doakan saya berjaya dalam peperiksaan akan datang.
Saya mula berblog dengan “agak serius” (serius sikit kalau nak dibandingkan sebelum ni la) sejak oktober 2008. Saya diperkenalkan dan digoda untuk mencuba platform wordpress. Sudah dua hosting yang saya sempat merasa. Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Am kerana memperkenalkan dunia wordpress kepada saya. Sungguh indah dunia wordpress berbanding dunia blogspot. Saya mula mengenali lebih ramai blogger dan mula menjalinkan ukhuwah dengan mereka.
Aduuh… ayat macam karangan je. Main point nya kat sini. Ingat kan panas hingga ke malam, rupanya hujan jugak petang tu yek.
Read the rest of this entry »
Posted
on January 3, 2010, 8:34 pm,
by Azah,
under
kesihatan.
Pagi tadi saya dapat mesej dari kawan lama bertanyakan tentang keadaan jika kornea tercalar. Wah2x.. risau betul dia dengan kawan dia. Katanya mata seorang “kawan” dia terkena bucu laci meja. Aduuuh… tak leh nak bayang betapa sakitnya terkena bucu laci tu. Setelah si kawannya tu jumpa doktor, doktor mengesahkan yang kornea matanya tercalar. Sebabkan risau tentang kawan dia tu, kawan saya ni pon cuba la nak korek takut-takut la masalah ni boleh melarat. Mula-mula tu saya takutkan dia je la, saya kata kalau kornea dah rosak tak leh nak apa dah la. Kena cari penderma kornea la kalau tak nak buta. Akhirnya dia mengaku yang kawan dia tu seseorang yang istimewa dan dia sangat-sangatlah risau. So, saya tak jadi la nak main-main dan cuba terangkan sikit apa yang perlu dilakukan bila kornea tercalar.
Read the rest of this entry »