Selamat Pengantin Baru versi Contest

wedding01 Selamat Pengantin Baru versi Contest

Contest lagi, yayy!!! Macam best je bunyi. Hoho… contest kali ni agak la best sebab hadiah nya pun memang best.

Tapi apa kaitan dengan Selamat Pengantin Baru? Adakah hadiahnya merupakan seorang pengantin? atau pakej perkahwinan? Atau,… pakej photoshoot perkahwinan? Atau… pakej bulan madu? Atau… apa-apa je la yang kamoo nak pikir.

hohohoO0ooo….ok.. stop dreaming.

Hadiahnya langsung tak berkaitan dengan perkahwinan, ok… so kamoo jangan la bimbang. (adeh… melepas ke?) haha…

Ok, so apa plak kaitan dengan perkahwinan? …

Yang berkaitan dengan perkahwinan adalah contest nya. Masih ingat lagi tak korang ngan entri Azah yang lepas? Apa? Tak baca lagi? Kena baca dulu baru boleh join contest ni.

wedding02 Selamat Pengantin Baru versi Contest

Berikutan dengan kisah tersebut (yang sebenarnya adalah rekaan semata-mata), Azah telah mendapat idea untuk menyambung ceritanya versi contest. Maksudnya, kamoo semua la yang bakal sambungkan cerita tersebut.

Syarat-syarat contest:
1. Buatkan satu entry penyertaan di blog kamoo.
2. Letakkan satu (atau lebih) keping gambar yang berkaitan dengan perkahwinan, cinta atau sebagainya mengikut kreativiti kamoo di awal entry.
3. Baca Selamat Pengantin Baru.
4. Sambung atau olah atau amek terus cerita tu.
5. Kekalkan nama watak atau letakkan nama watak kamoo inginkan dengan nama bloggers yang kamoo kenal dan link kan setiap nama itu kepada url bloggers yang kamu pinjam namanya. Peringatan: Kamoo mesti dapatkan kebenaran daripada bloggers tu dulu ye. (Nak tambah watak dan buat lebih menarik pun tak apa)
6. Jangan *lari* dari cerita asal. (faham-faham sendiri la ek)
7. Lepas habis cerita kamoo itu, nyatakan moral of the story.
8. Akhiri entry kamoo dengan menyatakan kenapa kamoo perlu menang.
9. Sila linkback balik ke azahamin.com (optional)

Penilaian pemenang:
1. 30% akan dinilai terhadap gambar yang kamoo letakkan. (Tips… letak la gambar yang high quality dan cun melecun tanpa watermark oleh mana2 pihak, Jangan ‘over’ sangat sudey)
2. 30% akan dinilai mengikut olahan cerita yang kamoo buat.
3. 40% akan dinilai mengikut moral of the story yang kamoo nyatakan.

wedding03 Selamat Pengantin Baru versi Contest

Tujuan:
1. Seperti yang telah Azah nyatakan dalam contest yang lepas, Azah ingin berikan sesuatu kepada bloggers sekalian. Dan contest kali ini adalah pengakhiran contest bagi musim contest kali ni. (musim contest seterusnya bila plak? Ntahla… tahun depan kot? Stay update la kalo nak tau).
2. Ingin merapatkan hubungan kemesraan sesama bloggers. Melalui penglibatan kamoo secara langsung atau tak, samada kamoo join contest atau kamoo jadi wataknya.
3. Tolong promote link kamoo (yang dipilih menjadi watak).
4. Ingin menyampaikan sesuatu untuk membuatkan kamoo berfikir dan penyampaian itu akan diperoleh bagi mereka yang join contest ini. (Mungkin…?)

Hadiah… setelah habis Azah melalut di atas, inilah dia yang kamoo semua nanti-nantikan. Dengan kerjasama dari pihak Baitulbytes:

Hosting 1GB with 10GB bandwith for 1 year + Domain for 1 year + A collection of Audio Talk on  Love Management

(Hadiah hanya ada bagi tempat pertama sahaja, so buatlah yang terbaik kalo nak menang)

Syarat pemenang:
1. Gunakan hosting itu untuk berblog yang membawa kebaikan. Kalau niat kamoo untuk benda yang tak elok, dengan automatik penyertaan kamoo akan dibatalkan.
2. Sentiasa letakkan banner baitulbytes (saiz dan location mengikut sukahati kamoo asalkan gambar tu dalam format .jpg atau .gif) dan link kan kepada baitulbytes sepanjang 1 tahun itu.
3. Letak banner azahamin.com (optional)
4. Pastikan kamoo gunakan hosting + domain tersebut sekurang-kurangnya 3 hari. Jangan kamoo biarkan ia tidak aktif.

Tempoh:
9 Jun 2009 – 30 Jun 2009 [updated]

Keputusan akan diumumkan beberapa hari selepas tempoh penyertaan tamat.

Juri Professional:
Dirahsiakan… tapi yang pasti, professional. hoho…

Selamat Berjaya.

Sape perasan ada kelainan sikit dalam entri ni? hoho…

Related posts:

  1. Selamat Pengantin Baru
  2. Contest Datang Lagi
  3. Contest : Jawab Dan Menang

40 Comments

  1. topo says:

    hahah boleh jadi kontest la plak… :D :baik2:

  2. EiNS says:

    Aku x faham sbnrnya kontest camne nih, kena cite psl kawen ke?

    kalau entri ni boleh masuk tak? http://tayeng88.blogspot.com/2009/05/wedding-photoshoot-that-i-envy-most.html

  3. wow.. contest lai lo.. dan aku tertarik ngan hadiah yg ditawarkan itu (mcm nak saiko kitorang yg pernah berduka lara ni je utk menyertainya.. huhu..)

    jika takde apa2 problem dan aku ada idea utk menulisnya, insyaAllah aku akan join. tp klau takde idea tu, ermmm.. nganga je la nengok org dpt hosting free..

    p/s: pasni buat la contest mudah sket ngan hadiah hosting yer. hahaha.. lari..

  4. KhairiL says:

    hadiah menarik
    aku mmg nak cari hosting
    tp disebabkan 1 jer pemenang..komfem2 aku bkn yg terbaik

    lagi pun disebabkan skrng mood nk blogging dah x mcm dulu…

    akan dipikirkan mcm mn

  5. ubey says:

    hehe. klu ala2 entri gini aku pnah wt. ley republish x? tukar2 watak. huax3. edit2 sket

  6. Doku says:

    owh..menarik..kalo berkesempatan akan saya join..huhu:cak2:

  7. blowie says:

    wahh,makin banyak contest dia yerr ;p

  8. Nikuve says:

    Sapa la tu agaknya pemenang2nya. Nikuve tak berminat sbb dah ada hosting sendirik… hihihi

  9. Kill-Vearn says:

    mcm best aja… tapi aku ni takde idea la plak… ades… otak tak berjalan bab² merekacerita neh… aisehman..

    erm penaja tuh sape eh.. ada affliate agi.. hehehe

  10. Anarm says:

    rasa mcm nk join je contest ni.. tp xde idea nk mengarang.. kalo dok paksa gak otak ni pikir, bleh kene batu karang nih.. hhehe..
    :alaa:

  11. -WaN- says:

    cam best.rasa nak join gak..

    err nak tanye.kalo ending die cam lawak sket leh?hehehe..

    bkan ape,wan tak pandai sgt nak wat cerita yang sedey2.kalo nak wat org gelak,bleh kot… :D

  12. TANPA NAMA says:

    bro.. gua xnak join contest tp gua ader tulis sesuatu pasal perkahwinan… :p

  13. Precious says:

    Kontes … uh, kena tunggu mood datang dulu… Mood, mana kamu?

  14. sarah says:

    wah nak try join lah ehhehehe..

  15. shifaa says:

    hehe..rajinnye dier wat contest..
    bagus2…tapi skarang aku dah jarang online..huhu

  16. keiroro says:

    hadeishhh…

    contest ni macam agak rumit je cik azah…:alaa:

  17. azizan4444 says:

    cun jgak hadiahnye tp ble ku bace hanya hadiah pertama aje kna pk blk.huhu

    Insyaallah aku akan try..ngee

  18. Dss says:

    hehe nice2, de contest.. tp ku xpunya idea.. :alaa:

  19. Akuro San says:

    salam. Azah, nak tanya, contest ni dah ada org join ker lum? saya nak join, tapi citer dia tak siap lagi…

    masih leh join lagi ker?:apa:

  20. Faiz says:

    Akuro San, join je la… :baik2:

  21. Akuro San says:

    salam.
    saya dah sambung cerita ‘Selamat Pengantin Baru’ utk contest nih…
    boleh cuba baca di blog saya… :tok2:

Leave a Reply